Tips Beli Tanah Guna Loan LPPSA

LPPSA telah menyediakan 7 jenis pembiayaan perumahan. Membeli tanah adalah salah satu daripada kemudahan yang ditawarkan oleh LPPSA kepada penjawat aw
beli tanah loan lppsa


LPPSA merujuk kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) iaitu badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan kemudahan pembiayaan perumahan penjawat awam.

LPPSA memberi kemudahan kepada penjawat awam dengan memberi pembiayaan perumahan untuk membeli tanah, membina rumah, renovate rumah dan sebagainya.

Ramai di kalangan penjawat awam tidak menggunakan peluang yang disediakan oleh kerajaan dalam membuat pembiayaan perumahan. 

Pada hari ini, Bro Huseng ingin berkongsi sedikit pengalaman dalam menguruskan pembelian tanah menggunakan loan LPPSA. Bro Huseng bukannya pakar dalam bidang hartanah tetapi penulisan ini berdasarkan pengalaman Bro Huseng sendiri. Jika bermanfaat bolehlah share tips ini.

LPPSA telah menyediakan 7 jenis pembiayaan perumahan. Membeli tanah adalah salah satu daripada kemudahan yang ditawarkan oleh LPPSA kepada penjawat awam iaitu Pembiayaan Jenis 4. Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana proses yang perlu dilakukan untuk membeli tanah menggunakan loan LPPSA. Teruskan membaca...

Beli Tanah Guna Loan LPPSA

Ini adalah perkara yang perlu dilakukan oleh kita sebelum membeli tanah menggunakan loan LPPSA bagi membina rumah, 

Tinjau kawasan tanah

Sebelum membeli tanah untuk membina rumah menggunakan loan LPPSA, pastikan pembeli telah membuat sedikit kajian tentang tanah yang ingin dibeli. Pastikan tanah yang ingin dibeli mempunyai pelbagai kemudahan seperti jalan, lampu, bekalan air, kawasan yang selamat dan sebagainya.

Selain itu, untuk membina rumah pastikan tanah yang ingin dibeli adalah dalam kategori lot bangunan supaya urusan membina rumah dan memohon pinjaman berjalan dengan lancar.

Membuat penilaian tanah

Selepas melihat kawasan atau tanah yang ingin dibeli, jika pembeli berpuas hati bolehlah menyemak nilai tanah tersebut. Semakan nilai tanah tersebut bolehlah dilakukan dengan agen hartanah yang berdaftar. Boleh rujuk dengan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) negeri untuk mendapatkan agen yang berdaftar bagi membuat penilaian tanah

Semak kelayakan pinjaman

Seterusnya, bagi membeli tanah pembeli perlu menyemak kelayakan pinjaman semasa. Kelayakan pinjaman untuk membeli tanah adalah 50% daripada jumlah kelayakan semasa. Boleh menggunakan kalkulator online yang disediakan oleh LPPSA untuk menyemak kelayakan anda. 

Proses jual beli dan persetujuan

Selepas selesai menyemak kelayakan pinjaman, pembeli perlu berbincang dengan tuan tanah tentang harga yang ingin dijual. Melalui perbincangan tersebut, mungkin pembeli dapat tawaran harga yang lebih rendah atau harga jualan bersamaan dengan harga pasaran semasa tanah tersebut.

Jika harga tanah yang ingin dijual lebih tinggi berbanding dengan harga pasaran, mungkin pembeli kena menambah harga lebihan setelah pinjaman diluluskan. 

Contohnya pinjaman LPPSA untuk tanah RM140, 000 tetapi tuan tanah ingin jual tanah tersebut dengan harga RM160,000 maka pembeli kena tambah sendiri perbezaan harga tersebut. Penjual tanah mungkin meminta sedikit deposit dengan pembeli sebagai tanda bersetuju pembeli membeli tanah ini. 

Lantik peguam uruskan jual beli tanah

Setelah penjual dan pembeli bersetuju dengan tawaran harga tersebut, pembeli bolehlah  melantik seorang peguam untuk urusan jual beli tanah. Pembeli boleh mencari peguam panel LPPSA yang berdekatan bagi memudahkan urusan jual beli tanah termasuk, 

  • penyediaan dokumen jual beli
  • urusan pinjaman dengan LPPSA
  • urusan pembayaran
  • urusan cagaran harta dan sebagainya

Melantik peguam yang bertauliah dalam proses jual beli tanah ini dapat memudahkan pembeli dalam membuat pinjaman LPPSA dan membuat pembayaran kepada penjual. Yuran guaman perlu dibayar apabila mendapatkan perkhidmatan guaman dalam urusan jual beli ini. 

Selepas melantik peguam, pemohon perlu membuat permohonan dalam talian dan penerimaan tawaran. Seterusnya menunggu permohonan diproses dan diluluskan . 

Urusan cagaran harta kepada lembaga, bayaran premium insurans dan pengeluaran bayaran untuk penjual semuanya akan diuruskan oleh peguam yang dilantik. Selepas semuanya selesai, pembeli perlu membuat bayaran balik pembiayaan. Bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut, bolehlah berurusan dengan pihak LPPSA dan peguam.

Akhirnya, urusan membeli tanah sudah selesai maka pembeli bolehlah membina rumah dengan membuat pinjaman LPPSA untuk membina rumah di atas tanah yang telah dibeli. 

Itu sahaja perkongsian Bro Huseng pada kali ini. Jika ada cadangan, penambahan dan kesilapan dalam penulisan ini, bolehlah komen diruangan di bawah. 

Photo by vu anh on Unsplash



LihatTutupKomentar
Cancel