Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Daftar LPPSA MyFinancing

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) telah memperkenalkan LPPSA MyFinancing yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk menyemak status dan baki pinjaman.

Melalui aplikasi ini, pelbagai kemudahan kepada pemohon dan peminjam LPPSA disediakan bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan:


  • Status terkini permohonan pembiayaan.
  • Amaun baki pembiayaan.
  • Amaun pengeluaran bayaran.
  • Amaun ansuran bulanan.
  • Amaun tunggakan.
  • Status akaun pembiayaan.


Cara Daftar LPPSA MyFinancing

Bagi menggunakan aplikasi ini, pengguna boleh mengikut panduan di bawah,

  • Daftar di Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA [LPPSA
  • Muat turun dan install aplikasi mudah alih LPSSA MyFinancing di Google Play dan App Store 
  • Daftar Pengguna untuk pertama kali di aplikasi LPPSA MyFinancing
  • Log Masuk menggunakan kata laluan yang didaftarkan


Cara Semak Status dan Baki Pinjaman LPPSA

Semakan status dan baki pinjaman boleh dilakukan berdasarkan cara-cara di bawah melalui aplikasi LPPSA MyFinancing

  • Log masuk
  • Lihat paparan utama iaitu akaun pembiayaan
  • Untuk melihat baki pembiayaan, tekan akaun pembiayaan
  • Perincian pembiayaan, maklumat tunggakan, ansuran terkini akan dipaparkan

LPPSA MyFinancing



Infografik: LPPSA

Post a Comment for "Cara Daftar LPPSA MyFinancing"