Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

7 Jenis Pembiayaan Disediakan LPPSA

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) adalah badan yang telah ditubuhkan untuk menyediakan pinjaman perumahan kerajaan bagi penjawat awam. Jika anda ialah kakitangan kerajaan, anda haruslah mengambil kesempatan ke atas peluang yang ada ini!


Jenis Pembiayaan LPPSA

Terdapat tujuh jenis pinjaman yang disediakan oleh LPPSA, iaitu: 


Jenis 1

Pembelian rumah kediaman yang telah siap.


Jenis 2

Pembinaan rumah kediaman dan, jika berkenaan, jalan masuk ke rumah kediaman itu, di atas tanah yang dimiliki oleh orang yang layak yang diluluskan dan tanah itu adalah bebas daripada bebanan.


Jenis 3

Pembelian rumah kediaman yang sedang dibina.


Jenis 4

Pembelian tanah bagi maksud pembinaan rumah kediaman dan, jika berkenaan, jalan masuk ke rumah kediaman itu.


Jenis 5

Penyelesaian keseluruhan atau sebahagian daripada pinjaman sedia ada daripada bank atau institusi kewangan yang diambil bagi maksud membeli tanah, dengan atau tanpa rumah kediaman diatasnya, atau membina rumah kediaman dan jalan sebagai jalan masuk kerumah kediaman, sebelum pemberian kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.


Jenis 6

Pembinaan rumah kediaman dan, jika berkenaan, jalan masuk ke rumah kediaman itu, di atas tanah yang sedang dibiaya melalui kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.


Jenis 7

Pengubahsuaian rumah kediaman yang pembelian atau pembinaannya telah dibiaya atau diselesaikan melalui kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.


Sumber: LPPSA

Post a Comment for "7 Jenis Pembiayaan Disediakan LPPSA"