Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Rumah Kecil Atau Langsung Tiada Rumah?

bina rumah atas tanah sendiri


Dewasa ini sudah menjadi trend setiap orang berlumba-lumba untuk memiliki rumah yang besar tanpa memikirkan kemampuan diri untuk membayar pinjaman. Akhirnya rumah terpaksa dilelong kerana tidak mampu membayar pinjaman bank.


Rumah besar atau rumah kecil bukan faktor menaikkan taraf hidup seseorang tetapi keselesaan rumah memainkan peranan yang sangat penting. Menyediakan rumah untuk keluarga adalah satu kewajipan, jadi tidak kira rumah kecil atau besar asalkan kita ada rumah.


Rumah ikut kemampuan


Membeli atau membina rumah mestilah mengikut kempuan diri kita sendiri. Ini kerana kita sahaja yang tahu di mana duit kita dibelanjakan. Sekiranya kita bergaji RM2000 sebulan, kita mungkin boleh membeli rumah harga di bawah RM500 sebulan untuk bayaran pinjaman. Jangan pula membeli rumah melebihi had kemampuan kita


Rumah sekarang mahal, macam mana nak beli?


Mungkin ramai yang mengeluh kerana harga rumah sekarang terlalu tinggi sehingga ada yang tidak mampu untuk membeli rumah. Akhirnya mereka menyewa sehingga pencen.


Sebenarnya banyak sahaja pilihan untuk memiliki rumah contohnya kita boleh membeli rumah yang dilelong dengan harga yang murah. Walaupun rumah tersebut dianggap sebagai 2nd house, tetapi ia tetap rumah kan? Apa yang penting rumah yang kita ingin beli ikut kemampuan kita.


Berbalik kepada saiz rumah yang kecil tadi, tidak menjadi kesalahan pun kita ada rumah yang kecil asalkan itu hak milik kita sendiri. Bab kata pepatah Melayu "ukur baju dibadan sendiri"... 


Jika ada pertanyaan bagaimana ingin membina rumah di atas tanah sendiri mengikut budget anda, bolehlah whatsapp kami. Kami akan membantu anda untuk membina bunglo idaman anda. Bagi yang belum memiliki rumah sendiri, Bro Huseng doakan kita semua memiliki rumah idaman kita nanti. 


Post a Comment for "Rumah Kecil Atau Langsung Tiada Rumah?"