Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kelebihan dan Kekurangan Bina Rumah Di Tanah Sendiri

kelebihan bina rumah di tanah sendiri

Kelebihan dan Kekurangan Bina Rumah Di Tanah Sendiri. Setiap orang mesti mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri. Tidak kira sama ada rumah tersebut kecil atau besar asalkan selesa sebagai tempat tinggal bersama keluarga. 

Membina rumah idaman bukan semudah A, B, C tetapi dengan adanya ilmu membina rumah, InsyaAllah mudah sebenarnya. 

Mengikut kajian, ramai penduduk di Malaysia tidak mempunyai rumah idaman dan masih menyewa. Hal ini terjadi kerana kos sara hidup semakin meningkat dan menyebabkan ramai yang tidak mampu membina rumah idaman.

Membina rumah di tanah sendiri berbeza dengan membeli rumah baru atau rumah sub-sale. Hal ini terjadi kerana kita perlu merancang pembinaan rumah dari mula hingga siap. Jika anda mempunyai tanah, lebih baik anda membina rumah di atas tanah sendiri.

Hari ini Bro Huseng ingin berkongsi, kelebihan dan kekurangan membina rumah di atas tanah sendiri. Antara kelebihan dan kekurangannya ialah

Kelebihan Bina Rumah Di Tanah Sendiri.

  • Boleh memilih design rumah mengikut kesesuaian dan budget
  • Boleh memilih kelengkapan dalaman rumah seperti kabinet dapur, tandas moden, design siling, dan sebagainya
  • Boleh menambah saiz, susun atur ruang rumah mengikut kehendak kita sendiri mengikut budget yang kita ada
  • Semasa proses membina rumah dijalankan, kita boleh memantau progress dengan sendiri

Kekurangan Bina Rumah Di Tanah Sendiri.

  • Banyak proses perlu dilakukan sebelum dapat membina rumah seperti mendapat sebut harga dari kontraktor
  • Proses mendapat kelulusan plan rumah dari pihak penilai mungkin mengambil masa yang lama
  • Proses mendapat kelulusan pinjaman mungkin mengambil masa. Jika membina rumah secara tunai mungkin proses teknikal lebih cepat
  • Peluang ditipu kontraktor yang tidak bertauliah adalah tinggi jika tidak berhati-hati
  • Semasa proses membina rumah, mungkin terdapat penambahan kos membina rumah tanpa diduga
  • Lokasi bina rumah di tanah sendiri mungkin kekurangan insfrastruktur seperti klinik, sekolah, kedai dan sebagainya

Itu sahaja perkongsian Bro Huseng tentang Kelebihan dan Kekurangan Bina Rumah Di Tanah Sendiri. Jika anda mempunyai pandangan dan pendapat boleh dikemukan di ruangan komen. 

Post a Comment for "Kelebihan dan Kekurangan Bina Rumah Di Tanah Sendiri"