Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

7 Faktor Harga Bina Rumah Berbeza

Faktor Harga Bina Rumah Berbeza

7 Faktor Harga Bina Rumah Berbeza. Sekiranya anda survey bayaran upah untuk setiap kontraktor, anda pasti akan berjumpa masalah. Luas rumah dan binaan rumah hampir sama tetapi harga setiap kaki persegi rumah adalah berbeza untuk setiap kontraktor. Kenapa ini terjadi?

Sebut harga bagi setiap kontraktor mungkin berbeza. Ini kerana  setiap kontraktor mempunya penilaian mereka sendiri bagi harga persekaki persegi (kps). Mungkin anda akan jumpa kontraktor memberi sebut harga pada RM120/kps sehingga ada yang RM300/kps.

Perbezaan harga membina rumah adalah berbeza yang ditentukan oleh setiap kontraktor kerana terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira. Perbezaan harga yang ditentukan oleh setiap kontraktor terletak dari segi spesifikasi dan juga kualiti serta cara binaan.

Hasil binaan oleh kontraktor yang memberi harga RM100/kps dengan yang memberi harga RM180/kps sudah tentu tidak sama dari segi kualiti dan kekemasan. Jika mahu kualiti yang lebih baik sudah tentu kita perlu mengeluarkan belanja yang lebih banyak.

7 Faktor Harga Bina Rumah Berbeza

Pada hari ini, Bro Huseng ingin berkongsi mengapa harga bina rumah berbeza bagi setiap kontraktor. Antara faktor yang menyebabkan harga bina rumah adalah berbeza kerana

1. Kualiti Barang

Kos binaan adalah lebih mahal jika menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi. Sebagai contoh,  menggunakan kayu untuk membuat alang bumbung lebih mahal daripada menggunakan besi.  Setiap bahan membina rumah mempunyai pelbagai gred dan kualiti. Kualiti barang binaan menjadi faktor penting kepada harga membina rumah. 

2. Struktur Binaan / Cara Pembinaan

Struktur binaan yang kukuh dan stabil memainkan peranan yang penting dalam membezakan harga membina rumah. Penggunaan bahan yang kukuh dan bermutu akan meningkatkan harga kos binaan. Setiap binaan, cara binaan dan mutu bahan mentah mungkin berbeza bagi setiap kontraktor dan semestinya harga untuk bina rumah adalah berbeza. 

3. Aksesori / Kemasan Rumah

Rumah yang mempunyai kemasan yang lebih cantik memerlukan kos yang lebih tinggi. Sebagai contoh jika menggunakan siling kapur yang bercorak prestij mungkin lebih mahal jika menggunakan siling biasa. Selain itu, penggunaan mozek atau jubin yang mahal untuk setiap inci rumah sudah pasti akan meningkatkan kos binaan. Ini juga adalah faktor yang mengapa harga yang ditetapkan oleh setiap kontraktor adalah berbeza.

4. Sistem Pendawaian, perpaipan dan sistem kumbahan

Pendawaian dan perpaipan juga adalah faktor mengapa harga yang di cas oleh setiap kontraktor adalah berbeza. Pendawaian dan perpaipan biasanya dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab yang mempunyai kepakaran, jadi kontraktor akan membayar upah kepada mereka. Hal ini juga akan meningkatkan kos membina rumah. Harga yang dikenakan oleh kontraktor mungkin murah jika kontraktor itu sendiri membuat pendawaian atau perpaipan

5. Kos Bahan

Kos bahan binaan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Hal ini mungkin akan meningkatkan kos untuk membina rumah. Sebagai contoh jika tahun 2010 mungkin harga persekaki persegi rumah ialah RM80/kps, di tahun 2020 ini, manakah mungkin kita ingin mendapat harga seperti itu pada hari ini. Ini kerana harga bahan seperti simen, besi, kayu dan sebagainya sudah meningkat

6. Keuntungan

Sememangnya setiap kontraktor mesti mahukan keuntungan untuk setiap rumah yang mereka bina. Perlu diingat bahawa kontraktor bukan badan kebajikan yang tidak mengambil untung. Ini kerana kontraktor perlu menanggung kos peguam, kos pekerja, utiliti, kos bahan dan sebagainya. Keuntungan yang diambil oleh setiap kontraktor adalah berbeza mengikut budi bicara dan penat lelah mereka bekerja. 

7. Lokasi / Jarak / Muka Bumi Untuk Membina Rumah

Lokasi membina rumah juga menjadi faktor mengapa harga bina rumah yang dicas oleh kontraktor adalah berbeza. Lokasi untuk membina rumah yang dekat dengan supplier bahan binaan seperti pasir, batu, simen, kayu, besi mungkin dapat mengurangkan kos kontraktor (bandar vs kampung). Jadi, harga binaan rumah juga mungkin akan murah. Lokasi yang jauh dan bentuk muka bumi yang tidak rata juga memainkan peranan membuatkan harga membina rumah berbeza. Membina rumah di lereng bukit, kawasan banjir atau pedalaman mungkin meningkatkan kos binaan kerana asas tapak bagi membina rumah semestinya berbeza. 

Sebenarnya banyak lagi faktor-faktor sampingan mengapa harga setiap kontraktor adalah berbeza. Jika inginkan rumah yang mempunyai spesifikasi yang bermutu dan berkualiti semestinya kita akan melabur duit yang banyak. Jika inginkan rumah yang murah sudah tentu kualiti barang dan struktur binaan juga berketetapan dengan harga.

Apa yang penting, sebelum mencari kontraktor, pastikan kita bertanya dengan lebih jelas tentang harga,kualiti barang binan yang digunakan, portfolio kerja mereka dan sebagainya supaya projek tidak terbengkalai. 

Setakat ini sahaja perkongsian saya Bro Huseng tentang 7 Faktor Harga Bina Rumah Berbeza. Semoga yang ingin membina rumah, mengkaji dahulu proses membina rumah supaya rumah yang dibina mengikut spesifikasi yang kita inginkan. 

Sekian, 

-Bro Huseng-

.

Post a Comment for "7 Faktor Harga Bina Rumah Berbeza"