6 Tips Pilih Kontraktor Bina Rumah. Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera. Pada hari ini, Haura Prima ingin berkongsi tips bagaimana untuk memilih kontraktor terbaik untuk membina rumah idaman kita.
Sudah menjadi keperluan kepada mereka yang ingin membina rumah untuk mencari kontraktor yang mempunyai kepakaran dalam membina rumah. Memilih kontraktor yang baik akan menjamin projek membina rumah berjalan dengan lancar.
Siapakah kontraktor
Kontraktor adalah pihak yang diberi mandat bagi menjalankan sesesuatu kerja berbentuk projek atau pembekalan kepada pihak yang menawarkan kerja yang dipanggil pemilik/owner/client. Bagi kontraktor membina rumah mereka perlulah mempunyai kepakaran dalam menjalankan tugas dan yang paling penting mereka mempunyai lesen CIDB
Tips pilih kontraktor terbaik
Dibawah adalah tips bagi memilih kontraktor yang terbaik untuk membina rumah kita.
- Pastikan kontraktor anda berdaftar dengan CIDB dan mempunyai lesen
- Mempunyai pejabat urusan dan bagi kontraktor yang baru pastikan mereka mempunyai reputasi yang baik dalam membina rumah
- Mempunyai rekod perkhidmatan yang baik (Dapatkan feedback dari pelanggan-pelanggan mereka)
- Buat lawatan ke tapak binaan untuk melihat dan meninjau projek-projek mereka
- Mempunyai staf yang berpengalaman dari segi membina rumah, kelengkapan dan sebagainya
- Syarikat telah lama beroperasi atau mempunyai feedback baik dari pelanggan yang menggunakan khidmat mereka
Ada tanah dan ingin bina rumah? Kami bantu anda
Anda ada tanah, tetapi tidak tahu bagaimana untuk mula membina rumah? Kami di HAURA PRIMA akan membantu anda membina rumah idaman anda. InsyaAllah. Hubungi kami sekarang!!